Thursday, 4 August 2016

Cooking class Pensonic merdeka sesion 3 2016


Asalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Siapa tak tahu jenama Pensonic? mesti la semua tau kan.. Pensonic jenama keluaran Malaysia , kilang kat penang, ha.. sapa yang pernah pi Penang tuh tau la kan.. kilang tepi jalan jer..

Sukur alhamdulilah Pensonic masih lagi menjemput ayi sebagai salah satu winner untuk cooking class pada 31 july 2016 bertempat One City Subang Jaya. seramai 500 orang peserta hadir untuk kelas memasak bersama chef Ismail tajaan Pensonic tentunya.. 

Cooking class ini bukan yang kali pertama, akan tetapi untuk kali ke 3 uoll.. memang best gila acara ini, dengan berbagai macam activity bertemakan kaler ungu.



Selain daripada Chef Ismail, ada banyak artis seperti Amber Chia,Ahmad Syahir, Lim Jian Wen, Saran Kumar , Ungku Ismail, Fendy Balas dan Pelakon Ola bola yang ikut memeriahkan acara memasak dipagi yang ceria..

Dalam kesempatan kali ini, banyak pengalaman yang didapat, salah satunya boleh memasak secara berjemaah, 500 orang uoll... sebelum masak tuh sesi bergambar la dulu kan.. karena ada contest gambar kat Instagram, selain tuh ada cabutan bertuah,, 
Terima kasih Chef Ismail dan staff Pensonic yang memang ayi bagi ***** bintang Friendly.



Sampai jer dorang terus tau face ayi, wahhh ayi pon ada,, awak orang pertama datang.. ixxiixxi, rasa teruja la jugak kan,,, trus register dan dapat la number betuah ni 17, Ayi datang tak bersendirian, akan tetapi bawa mami dalam kesempatan ini. bergaya sakan mami dengan bulu mata palsu tuh...

Dalam kesempatan ini Pula dapat berjumpa dengan Geng kaki Kontes kak Arina, Kak Amy, Abg Mahadi, Nany Fariq , Alya, Kak Susilawaty dan banyak lagi, salah satunya boleh la bergambar Fendy Balas dengan ala ala tengah memasak... comel x?

Tengok la Keletah Ayi dah cam Ratu Pensonic, siap tunjuk dan posingdengan bebagai barangan dari Pensonic.


               Ini lah dia ayi si Ratu Pensonic.. hahahah tuh perli kekawan lerr..

Ini masakan Ayi, Ayam Masak merah Uolll bukan ayam Cipera okey... Chef Ismail kata, Ayi ini bukan ayam masak Hitam yerr.. kang awak masak sampai hitam,, lain jadinya ,
hahahaha memang lawak gila masa tuh...

Nak tau tak, gambar ini la yang menghantarka ayi menjadi salah satu Winner bergambar kat Instagram, Terima kasih Pensonic yang telah memilih Ayi sebagai Pemenang.




Mami lagi la lawak, nak bergambar orang handsome katanya,,, tapi lepas bergambar tanya , nak tuh tadi siapa? wahhh... mami tuh lerr hero malaya dalam drama tv3 yang selalu mami tonton.. tak kan tak boleh cam,, dia kata lagi handsome di luar dari pada ditv.. 


Posing ikut style Chef Ismail , sama tak? 
sesiapa yang nak tau pasal Kitchen Kingdom tuh, boleh layari Facebook dorang.



Posing sebelum masak tunjuk resepi, kaler pon dah cantik memang lerr bersemangat masak .



Alamdulilah dapat la juga merasa menang Bread maker yang selama ini diimpikan.. sekali ini menang berjemaah dengan kak Ayu rafikah, Alya, Nani dah other winner..


Selain dapat Hadiah kontes Instagaram Bread maker Seharga RM400, dapat la ayi merasa bawa pulang seketul Multi Cooker yang comel dan awesome ni,, lepas ni rajin lerr cik ayi lepak kat dapur ni..  memang berbaloi pergi awal pagi dengan niat dan doa yang baik... ibarat orang kata langkah kanan.. Alhamdulilah allah masih lagi berikan kesihatan Inshallah Tahun depat ada lagi kesempatan memang lagi... amin.
Bagi sesiapa yang nak barangan Pensonic, Sila la cari di mana mana pasaraya atau pun kedai berdekatan. 

Nak masak? Pastikan guna Jenama Pensonic...


Saya Ucapkan Ribuan Terima kasih kepada Pensonic, Chef Ismail dan berserta Crew Pensonic yang telah menjemput ayi... 





No comments:

Post a Comment